English
1) Foto-ZZoom Sdn Bhd (Registration No: 145663V / 198501013207) (“dobiQueen”), may offer (either directly or indirectly or solely or jointly with its partners), from time to time, tokens, credits, prize, rewards, bonus, benefits or any other promotional materials or products to Participant as part of its promotional program, or any marketing campaign (“Campaign”).
2) For the purposes of this Campaign T&C, “Participant” shall mean any individual or entity, as the case may be, who participate, subscribe, register, purchase, sign up, uses, performs, refers to, avails of any products or services that dobiQueen sells, promotes, offers, designs, upgrades, updates and provides from time to time. dobiQueen shall include to mean its affiliates and subsidiaries.
3) By participating in this Campaign, Participant agrees that the Participant has read, agrees to and accepts the terms of dobiQueen’s Campaign T&C.
4) Permanent and contract employees of dobiQueen, including but not limited to, their immediate family members, are not eligible to participate in any dobiQueen Campaign. For the purpose of this Campaign T&C, “immediate family members” shall include spouses, children, parents, siblings, and any other individuals residing in the same household. Additionally, any individual or entity that provides services to dobiQueen in any capacity, including but not limited to suppliers, consultants, agents, contractors, and their immediate family members, are also ineligible to participate in the Campaign. This ineligibility applies regardless of the capacity in which the employee, service provider, or their immediate family member may wish to participate. The purpose of this provision is to ensure the fairness and integrity of the Campaign by preventing any potential conflicts of interest.
5) dobiQueen reserves the sole and absolute right to withdraw, amend, omit and/or varyany part or the whole of the terms and conditions of the Campaign without prior notice to the Participant herein stated and the Participant shall be bound to observe, perform and comply with the terms and conditions herein and any amendments thereof.
6) dobiQueen's decisions in any matter in relation to the Campaign shall be final and conclusive. Any request for appeal and review shall not be entertained.
7) dobiQueen shall not be liable for any claim by the Participant or third-party claims or loses of any nature, including but not limited to, loss of profits, punitive, indirect, special, incidental or consequential damages or for other damages and any related claims of any nature, including direct, indirect, third-party, consequential or other damages resulting from or in connection with the Campaign.
8) dobiQueen disclaims any and all liability for loss or damage to property or any personal injury or loss of life resulting from or in connection with the Campaign.
9) The Participant acknowledges and agrees that dobiQueen reserves the rights to disqualify any purchase if the Participant is in breach of its obligations or any terms and conditions of the Campaign. Notwithstanding the above, dobiQueen reserves the right to reject any purchase of the Participant at its sole and absolute discretion without having to assign any reasons whatsoever.
10) All qualifiers hereby consent to dobiQueen, at its discretion, to publish, display, and identify their names, photographs and city of residence for advertising and publicity purposes (if any).
11) dobiQueen has the absolute discretion to add, and/or amend these Terms and Conditions, including the right to suspend, terminate or modify this Campaign at any time without prior notice to you.
12) For the avoidance of doubt, the suspension or termination of the Campaign shall not entitle the participant(s) if any, to claim for compensation against dobiQueen for any losses or damage suffered or incurred by the participant(s) as a direct or indirect result of the same.
13) If you have any queries about this Notice or would like to exercise your rights set out in this Notice, please direct your mail to us at customer-service@dobiqueen.my
14) The terms and conditions herein shall be construed and governed by the laws of Malaysia.
In case of a dispute, the courts of Malaysia shall have exclusive jurisdiction.
Bahasa Malaysia
1) Foto-ZZoom Sdn Bhd (No. Pendaftaran: 145663V / 198501013207) (“dobiQueen”) boleh menawarkan (secara langsung atau tidak langsung atau secara tunggal atau bersama dengan rakan kongsi) dari semasa ke semasa token kredit hadiah ganjaran bonus faedah atau mana-mana bahan atau produk promosi lain kepada Peserta sebagai sebahagian daripada program promosi atau mana-mana kempen pemasaran (“Kempen”).
2) Untuk tujuan Terma dan Syarat Kempen ini, “Peserta” bermaksud mana-mana individu atau entiti mengikut kes yang berkaitan yang menyertai, melanggan, mendaftar, membeli, mendaftar masuk, menggunakan, melaksanakan, merujuk, mengambil bahagian dalam mana-mana produk atau perkhidmatan yang dijual, dipromosikan, ditawarkan, direka, dinaik taraf, dikemas kini dan disediakan oleh dobiQueen dari semasa ke semasa. dobiQueen termasuk untuk merujuk kepada sekutu dan anak syarikatnya.
3) Dengan menyertai Kempen ini, Peserta bersetuju bahawa Peserta telah membaca, bersetuju, dan menerima terma-terma Terma dan Syarat Kempen dobiQueen.
4) Pekerja tetap dan kontrak dobiQueen, termasuk tetapi tidak terhad kepada, ahli keluarga terdekat mereka, tidak layak untuk menyertai sebarang Kempen dobiQueen. Untuk tujuan T&C Kempen ini, “ahli keluarga terdekat” merangkumi pasangan, anak-anak, ibu bapa, adik-beradik, dan mana-mana individu lain yang tinggal dalam satu rumah. Selain itu, mana-mana individu atau entiti yang menyediakan perkhidmatan kepada dobiQueen dalam apa jua kapasiti, termasuk tetapi tidak terhad kepada pembekal, perunding, ejen, kontraktor, dan ahli keluarga terdekat mereka, juga tidak layak untuk menyertai Kempen. Ketidaklayakan ini terpakai tanpa mengira kapasiti di mana pekerja, penyedia perkhidmatan, atau ahli keluarga terdekat mereka ingin menyertai. Tujuan peruntukan ini adalah untuk memastikan keadilan dan integriti Kempen dengan mengelakkan sebarang potensi konflik kepentingan.
5) Terma dan syarat ini (dan mana-mana terma dan syarat spesifik Kempen lain jika ada) akan mengawal selia terma mana-mana Kempen dobiQueen. dobiQueen berhak sepenuhnya untuk menarik balik, mengubah, mengubahsuai, mengabaikan, dan/atau mempelbagaikan mana-mana bahagian atau keseluruhan terma dan syarat mana-mana Kempen tanpa notis terlebih dahulu kepada Peserta dan Peserta hendaklah mematuhi, melaksanakan, dan memenuhi terma dan syarat di sini dan mana-mana pindaan daripadanya dan mana-mana terma dan syarat spesifik Kempen lain yang dikeluarkan oleh dobiQueen dari semasa ke semasa.
6) Segala keputusan yang dibuat oleh dobiQueen berhubung dengan setiap aspek Kempen adalah muktamad, mengikat, dan konklusif. Sebarang surat-menyurat, bantahan, rayuan, atau pertanyaan seterusnya tidak akan dilayan.
7) dobiQueen tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tuntutan oleh Peserta atau tuntutan pihak ketiga atau kerugian daripada mana-mana jenis termasuk tetapi tidak terhad kepada kehilangan keuntungan, ganti rugi punitif, tidak langsung, istimewa, insidental atau berbangkit atau untuk kerugian lain dan sebarang tuntutan berkaitan daripada mana-mana jenis termasuk kerugian langsung, tidak langsung, pihak ketiga, berbangkit atau lain-lain yang timbul daripada atau berkaitan dengan mana-mana Kempen.
8) dobiQueen tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian (termasuk kehilangan peluang (loss of opportunity) dan sebarang kerugian lain yang setara dengannya) dan/atau kerosakan yang dialami daripada atau berkaitan dengan mana-mana Kempen.
9) Peserta mengakui dan bersetuju bahawa dobiQueen mempunyai hak untuk menyekat sebarang pembelian jika Peserta melanggar kewajipan atau terma dan syarat Kempen. Walaupun demikian, dobiQueen berhak menolak sebarang pembelian oleh Peserta atas budi bicara mutlaknya tanpa perlu memberikan sebarang sebab.
10) Dengan menyertai kempen ini, Peserta Yang Layak dengan ini memberi kebenaran kepada pihak dobiQueen, mengikut budi bicaranya, untuk menerbitkan, memaparkan dan mengenal pasti nama, gambar dan bandar tempat tinggal mereka untuk tujuan pengiklanan dan publisiti (jika ada).
11) Pihak dobiQueen mempunyai budi bicaranya untuk menambah dan meminda Terma dan Syarat ini, termasuk hak untuk menggantung, menamatkan atau mengubah suai Kempen ini pada bilabila masa tanpa notis terlebih dahulu kepada peserta.
12) Untuk mengelakkan keraguan, penggantungan atau penamatan Kempen tidak akan memberi
hak kepada peserta untuk menuntut pampasan terhadap dobiQueen bagi sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh peserta secara langsung atau tidak langsung.
13) Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Notis ini atau ingin menggunakan hak anda yang dinyatakan dalam Notis ini, sila hantarkan surat anda kepada kami di customer-service@dobiqueen.my.
14) Terma dan Syarat ini adalah tertakluk kepada dan ditafsir selaras dengan undang-undang Malaysia dan tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif Mahkamah Malaysia.